Handphone Hilang, Syamel Mohon Tolong Pulangkan!

0
86

Hidup di zaman serba moden ini pastinya lebih mudah kerana semuanya berada di hujung jari dan segala nota atau butiran peribadi hanya disimpan di dalam handphone sahaja.

Pastinya terganggu kerja seharian apabila handphone yang penuh dengan butiran-butiran penting hilang.

Itulah yang dirasakan oleh penyanyi popular, Syamel apabila menyedari handphone yang baru sahaja digunakan sejak dua bulan lalu hilang.

baca juga:  Pernikahan Anak Pemilik Naza & Berjaya group Tarik Perhatian Netizen

Syamel berkata kepada satu sumber dia mengakui dirinya cuai ketika bersiap untuk sesi fotografi dan menyedari handphonenha sudah tiada.

Penyanyi ini juga turut memohon kepada sesiapa yang menjumpai handphone miliknya untuk memulangkan semula handphone tersebut kepadanya.

“Saya berjanji tidak akan memanjangkan perkara ini jika individu terbabit berhajat memulangkan barang milik saya secara baik. Banyak perkara penting ada dalam telefon itu, terutama butiran kerja.

“Kepada individu yang terjumpa telefon pintar itu, saya mohon kembalikan dengan menghantar pesanan atau ‘private message’ melalui Instagram. Dia juga boleh menghubungi saya dengan apa saja cara yang mudah,” katanya kepada Berita Harian.

MH harap bagi sesiapa yang menjumpai handphone Syamel dapat pulangkan semula kepadanya dengan segera.Sumber: Berita Harian

baca juga:  Saya Pelakon Lagak Ngeri, Saya Lupa & Galak' Hairul Azreen Mohon Maaf!