Ini Hasil Anak Kacukan Arab Jawa, Nadiyah Shahab Nafi Buat Pembedahan Wajah!

0
289

MH ingat lagi masa MH post gambar pertunangan Nadiyah Shahab yang rupanya seakan patung barbie telah mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun ramai pula yang memberi respon negatif dan menganggap pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu ini telah melakukan beberapa pembedahan sehingga mukanya nampak begitu ‘pelik’.

Namun melalui Utusan Online, pelakon ini menjelaskan tentang wajahnya.

Dia menafikan segala dakwaan dan mengakui semua yang dimilikinya sekarang adalah asli dan bukannya plastik seperti dakwaan sesetengah netizen.

“Saya tidak akan layan isu sama ada wajah saya asli atau tidak. Sebab utamanya, saya tahu apa yang terjadi pada diri ini. Semuanya adalah asli, bukannya ‘plastik’ seperti mana yang diperkatakan segelintir pihak.

“Janganlah disebabkan wajah saya dikatakan mirip dengan usahawan kosmetik tertentu, saya didakwa mengubah wajah azali. Walhal perkara itu tidak pernah wujud sama sekali,” katanya dengan tegas!

Nadiyah turut memberitahu dia sangat bersyukur kerana miliki darah kacukan Arab dan Jawa dan itu adalah jawapan yang paling munasabah jika ada orang mempertikaikan lagi tentang wajahnya.

baca juga:  'Nak Bercinta Dengan Perempuan Cantik Tapi Kau Tak Handsome' - Zizan Razak Minta Pendapat Netizen

Dalam pada itu, Nadiyah turut dikecam kerana sering memakai make up tebal di wajah namun semua itu bukanlah rutin hariannya, sebaliknya hanya akan mengenakan make up apabila berkerja.

“Saya bukan jenis yang bersolek 24 jam seharian hingga tak boleh berpisah dengan mekap. Ada hari tertentu, saya bebas daripada barangan mekap. Saya memahami glamor yang diraih adalah komitmen profesion semata-mata,” kongsi Nadiyah yang memasang niat untuk menetap di Malaysia. SUMBER: Utusan Online

baca juga:  Pulau Weh, Tempat yang Sempurna Untuk Liburan