Majlis Pelancaran Tudung Neelofa Di Zouk Night Club ! WatDaHek ??

0
151

Pelakon Neelofa mempertahan pemilihan sebuah kelab malam yang dijadikan lokasi pelancaran koleksi tudung terbarunya “Be Lofa”.

Enggan melayan kritikan pengguna media sosial, aktres “Suri Hati Mr Pilot” itu berkata dia terpaksa membayar berganda jika lokasi lain dipilih, lapor Berita Harian.

Beliau, turut menyambut hari jadinya ke-29 malam tadi, memilih pusat hiburan di Jalan Tun Razak, selepas membuat senarai pendek dan kesesuaian tema.

Gelagat wanita bertudung menari dalam video di majlis itu menular di media sosial hingga mengundang kritikan ramai.

baca juga:  Dalam Masa 6 Bulan Turun 41KG, Freelance Model Share 17 Tips Langsing

“Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema,” katanya.

“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang.”

Majlis itu berjalan lancar walau dikecam. Kehadiran selebriti tempatan termasuk sahabat dan keluarga hadir  yang menjayakan majlis, katanya.

baca juga:  Tewaskan Dayang Nurfaizah, Ini Komen Syamel & Ernie Zakri #AJL32