Jangan Malu-Malu Nak Pakai Tudung, Terus Istiqamah – Puteri Sarah Liyana

0
104

Bersempena dengan World Hijab Day yang bakal tiba tidak lama lagi, pelakon yang juga merupakan isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, Puteri Sarah menyeru para gadis yang mahu menutup aurat dengan berhijab supaya meneruskan tekad dan jangan malu-malu atau segan untuk melakukannya.

Puteri Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin,33, berkata demikian ketika ditemui MH di majlis seri ramah mesra bersama pelanggan di Butik Asyikin Exclusive di Setapak Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terdahulu, bintang kelahiran London, England ini mula mengenakan tudung lebih lima tahun lalu, sekali gus memperlahankan kerjayanya dalam dunia seni.

baca juga:  Viral, Hijab Pocong Ini Laku Keras Walaupun Menakutkan "serem"

“Stay confident dan kuat. Jangan malu-malu nak pakai tudung. Teruskan istiqamah dan yang pasti bila bertudung pun, kita masih boleh berfesyen apa sahaja yang dimahukan asal masih menepati syariat,” katanya yang kini turut melakukan kerjasama istimewanya bersama jenama label muslimah berkenaan.

Puteri Sarah bersama pemilik jenama tersebut, Nur Asyikin Rahmat berkolaborasi mengeluarkan rangkaian fesyen muslimah kotemporari selama setahun.

Kongsinya lagi, kerjasama yang didasari atas hubungan persahabatan yang terbina sejak beberapa tahun lalu menyebabkan mereka selesa bekerja dengan kerana saling memahami dalam menghasilkan koleksi buat pembeli. Terkini, Puteri Sarah memperkenalkan barisan tudung Orked Chiffon Shawl, Dandelion Shawl Satin Shawl dan Bawal Shawl selain Palazo daripada fabrik denim.

baca juga:  Tewaskan Dayang Nurfaizah, Ini Komen Syamel & Ernie Zakri #AJL32

“Sebelum ini saya pernah menjadi duta produk tersebut dan bila mengenangkan kerjasama ini cukup baik menyebabkan kami bersepakat meneruskannya lagi dengan memperkenalkan beberapa produk terbaru. Malah ketika mengandung pun, kami turut memperkenalkan koleksi khas ibu mengandung,”kongsi Puteri Sarah yang turut mengakui, dia sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata kedua meski anak pertamanya, Syaikhul Islam baru mencecah usia lapan bulan.

“Ya, memang sudah bersedia dan jujurnya, kami memang mahukan anak yang ramai memandangkan saya dan Syamsul sendiri pun sukakan kanak-kanak. Kalau ada rezeki, kami terima sahaja. Tapi itulah, dulu saya kurang mesra dengan kanak-kanak. Bagaimanapun, bila sudah ada anak sendiri, naluri keibuan itu lahir dengan sendirinya. Alhamdulillah, anak pun membesar di depan mata dan memang seronok bergelar ibu,”akhiri Puteri Sarah.

sumber:www.mediahiburan.my/feed

baca juga:  Perkongsian Timeline Pasangan Ini Buat Netizen Tersentuh! Bercinta 10 Tahun, Akhirnya...