Kerana Sering Di Soal ‘Bila Nak Kahwin’, Pemuda Nekad Bunuh Jiran!

0
57

Gara-gara terlalu berang kerana sering ditanya soalan bila mahu berkahwin, seorang pemuda Indonesia nekad untuk membunuh jirannya yang merupakan seorang ibu hamil.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Alias Nunur telah membunuh Iis Aiyah di rumah wanita berkenaan yang terletak di Kampung Pasir Jonge, Jawa Barat beberapa minggu yang lalu.

baca juga:  Biodata Intan Najuwa Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela

Menurut laporan Detik.com, pesalah telah ditegur oleh jirannya dan dinasihati untuk segera mendirikan rumah tangga.

Tidak tahan dengan kata-kata jirannya yang membawa maksud “cepat-cepatlah kahwin, orang lain sudah ada dua, tiga orang anak kamu belum laku-laku lagi.”

Pemuda ini telah ke rumah jirannya. Tanpa berfikir panjang, wanita berkenaan membenarkan pemuda ini masuk kerumahnya.

baca juga:  #MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Kena Baca Pagi Ini!

MH difahamkan, Alias telah mengekori mangsa sehingga ke bilik dan menolaknya ke katil.

Mangsa telah bergelut dan sempat menggigit jari suspek namun gagal dan mati akibat dicekik.

Dalam masa yang sama, suspek sempat mengambil telefon bimbit mangsa dan yang tunai sebanyak RM230 sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun dia gagal melarikan diri dan ditangkap pada 29 Januari lalu. sumber:detik.com

baca juga:  Viral, Surat Terbuka SS Mufti Wilayah Kepada Iqram Dinzly