Ditangkap Dan Dibotakkan Kepala, Operasi Nyah Mak Nyah Berkuat Kuasa Di Aceh!

0
71

Di Aceh, Indonesia, polis telah membuat serbuan di salun kecantikan dan menangkap golongan lelaki lembut yang berpenampilan seperti wanita (Mak Nyah).

Menurut satu sumber, hasil serbuan yang dijalankan, seramai 12 orang Mak Nyah ditangkap dan kemudiannya polis memaksa mereka berpakaian seperti seorang lelaki malah turut memotong rambut mereka sehingga hampir botak. Mereka juga dipaksa bercakap dengan suara asal seperti lelaki.

baca juga:  Saya Pelakon Lagak Ngeri, Saya Lupa & Galak' Hairul Azreen Mohon Maaf!

Serbuan itu dilakukan kerana ada penduduk yang mengadu bahawa mereka ini menggoda remaja lelaki di sana.

Ada juga penduduk yang cuba untuk memukul mereka ketika mereka dibawa ke balai polis namun berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.

Menurut pihak polis, kesemua Mak Nyah ini ditangkap kerana sudah melanggar undang-undang syariah dengan berpakaian serta berperwatakan seperti perempuan.

“Jumlah mereka (mak nyah) semakin bertambah di sini dan saya tidak mahu ia terus berlaku,” kata jurucakap polis, Ahmad Untung Surianata.

Sumber: Harian Metro

baca juga:  Pernikahan Anak Pemilik Naza & Berjaya group Tarik Perhatian Netizen